VIDEO & ESEI KUMPULAN
Video temubual yang dijalankan untuk melihat tahap kecaknaan mahasiswa
terhadap golongan berkeperluan khas.
Esei Kumpulan
KOD KURSUS
GGGE2153
: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
LAPORAN PENULISAN
TAJUK : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN
KHAS
DISEDIAKAN OLEH :
NOR
AMINAH BINTI KHALIB (A151418)
NURUL ATIHIRAH BINTI JUHARI (A150970)
HASLIZA BINTI MUSTAPA (A151189)
NURUL FATIHAH KAMALUDDIN (A149590)
DISEDIAKAN UNTUK :
EN.
MOHD YUSOFF BIN DAUD
FAKULTI PENDIDIKAN
1.0 PENGENALAN / DEFINISI
Pendidikan khas merupakan program yang dirancang khusus bagi
memenuhi keperluan-keperluan individu atau pelajar berkeperluan khas. Guru-guru
pendidikan khas ditempatkan di sekolah-sekolah yang mempunyai program khusus
pendidikan khas. Gargiulo (2003), menyatakan penggunaan bahan peralatan dan
kaedah pengajaran khusus yang direka khas ini adalah bagi memenuhi kanak-kanak
aliran pendidikan khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), menyatakan
keperluan disediakan dalam pelbagai bentuk untuk diberikan kepada kanak-kanak
pendidikan khas ini. Pengajaran yang disampaikan ini disediakan dalam
tempat-tempat yang kursus seperti bilik darjah, hospital, klinik dan institut
yang lain. Mansor (2005), Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu
usaha yang berterusan bagi menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai
seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif. Kanak-kanak berkeperluan khas ini turut digelar sebagai
kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya, kanak kanak tidak normal,
kanak-kanak.
Sejarah pendidikan di Malaysia boleh dilihat sejak awal tahun
1920-an dalam kalangan sukarelawan yang telah mula membuka sekolah-sekolah
untuk murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Akta
Murid-Murid dan (1961) menyatakan,sekolah khas merupakan sekolah yang
menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid kurang upaya. Dalam pada
itu juga, pada tahun 1996 (Akta Pendidikan ) telah menyediakan kemudahan
pendidikan khas, menggubal kurikulum dan pendidikan yang sesuai. Akta
pendidikan yang diselaraskan ini bertujuan bagi memperkembangkan pendidikan
khas. Dan kini, pendidikan khas kemudian bernaung di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Antara kemudahan yang disediakan bagi pendidikan khas
adalah terdiri daripada beberapa pendidikan yang diselaraskan untuk semua iaitu
penubuhan sekolah khas bagi murid bermasalah pendengaran dan murid bermasalah
penglihatan. Program Pendidikan Khas Integrasi turut disediakan kepada pelajar
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.
Program Pendidikan Khas Integrasi ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah,
menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang mana menggunakan pelbagai
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Sebagai contohnya : Pendidikan Inklusif, Program Pendidikan Individu, Program
Pemilihan dan Program Pengayaan.
Peranan Bahagian Pendidikan Khas yang mana bertanggungjawab
terhadap pendidikan khas bagi murid berkeperluan khas menerusi Program
Pendidikan Khas. Program Pendidikan Khas bermula melalui penglibatan.
Penglibatan kerajaan
Bahagian Pendidikan Khas merupakan bahagian yang bertanggungjawab
terhadap pendidikan bagi murid berkeperluan khas menerusi Program Pendidikan
Khas. Program pendidikan untuk murid berkeperluan khas bermula sejak sebelum
merdeka bagi murid berkeperluan khas masalah penglihatan dan masalah
pendengaran. Penglibatan kerajaan dalam pendidikan murid berkeperluan khas
masalah penglihatan bermula dengan penubuhan Sekolah Pendidikan Khas Princess
Elizabeth di Johor Bahru di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1948.
Manakala penglibatan kerajaan bagi pendidikan murid bermasalah pendengaran pula
bermula dengan pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang
pada tahun 1954. Selepas merdeka, kerajaan telah memperluaskan program
pendidikan khas ke sekolah-sekolah biasa melalui Program Pendidikan Khas
Integrasi (dahulu dikenali sebagai Program Percantuman).
Program Pendidikan Khas
telah berkembang di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak
sistem pendidikan kebangsaan diwujudkan pada tahun 1957. Satu unit khas yang
dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas telah ditubuhkan pada tahun 1964,
ditempatkan di Bahagian Sekolah KPM, sehinggalah diganti dengan Jabatan
Pendidikan Khas KPM mulai Oktober 1995. Dengan adanya Jabatan ini di peringkat
KPM, Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri (sekarang Jabatan Pelajaran Negeri)
telah mewujudkan Unit Pendidikan Khas di jabatan masing-masing. Dengan
penstrukturan semula KPM, Jabatan Pendidikan Khas kini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Khas.
2.0 KATEGORI /
MASALAH KANAK-KANAK
2.1 MASALAH
PEMBELAJARAN
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang
telah dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang mengalami kecacatan sehingga
menyebabkan kanak-kanak ini mengalami kesukaran ketika belajar dan secara
keseluruhnya membawa kepada gangguan ketika proses pembelajaran berlangsung.
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran dikategorikan dari beberapa sudut
yang boleh dilihat iaitu kebolehan kognitif, perkembangan tingkah laku serta
sosial, penguasaan bahasa dan perkembangan moto halus dan kasar. Antara
jenis-jenis kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah Autisme, Disleksia,
Celebray Palsy, pintar cerdas dan lain-lain lagi.
2.2 MASALAH
PENDENGARAN
Kanak-kanak bermasalah pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada
kebolehan kanak-kanak tersebut menggunakan deria ketika berkomunikasi atau
bertutur dengan individu sekeliling. Dewan Bahasa (1986), menyatakan bahawa
individu yang mengalami masalah pendengaran tidak akan mendengar sebarang bunyi
bahasa atau bunyi yang lain. Individu yang mengalami kehilangan pendengaran
adalah apabila sekirannya berlaku kehilangan pendengaran yang mana individu
tidak dapat menterjemahkan isyarat bunyi yang dihantar ke otak (William, 1991).
Masalah pendengaran ini boleh dikategorikan kepada dua istilah yang berbeza.
Istilah pertama yang digunakan iaitu ‘pekak’ yang membawa maksud kanak-kanak
tidak boleh menggunakan pendengaran dengan jelas atau memahami pertuturan yang
ingin disampaikan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu
dengar. Brill, Mac Neil& Newman,1986 menyatakan kanak-kanak pekak merupakan
kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak mampu berfungsi sama ada
sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Manakala istilah kedua iaitu kanak-kanak
‘separuh pekak’ yang bermaksud iaitu kanak-kanak yang mempunyai kerosakan pada
deria, namun sisa pendengaran masih lagi berfungsi dan kanak-kanak ini
mengharapkan bantuan alat pendengaran bagi membolehkan mereka mendengar dengan
lebih jelas lagi. Kehilangan pendengaran atau ‘hard of hearing’ pula
kanak-kanak yang masih boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan
melaui penggunaan alat bantuan pendengaran.
2.3 MASALAH
PENGLIHATAN
Masalah penglihatan merujuk kepada masalah yang melibatkan fungsi sebagai
deria penglihatan. Masalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kategori
utama iaitu ‘buta’,‘rabun’dan berpenglihatan terhad’. (Asiah 2012). Mereka yang
mempunyai masalah penglihatan mempunyai masalah yang mana keadaan amat terhad
untuk mereka untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan pembelajaran. Penggunaan
brailler digunakan bertujuan sebagai media bacaan atau khidmat pembaca untuk
mendapatkan maklumat daripada bahan bercetak. Penggunaan bahan bantuan
pengajaran perlulah seiring dan sesuai dengan keperluan kanak-kanak penglihatan
agar mereka dapat mengoptimakan pembelajaran yang disampaikan serta pencapaian
yang terhasil. ( Culatta et al 2006).
3.0 TINGKAH
LAKU/ CIRI KANAK-KANAK
3.1 MASALAH
PEMBELAJARAN
Ciri-ciri kanak-kanak-kanak bermasalah pembelajaran dikategorikan
melalui beberapa ciri tertentu yang dilihat iaitu dari sudut fizikal,
intelek,serta sosial. Ciri fizikal yang dapat dikenalpasti dalam
mengkategorikan pelajar berkeperluan khas ini adalah bentuk badan dan
koordinasi pelajar yang jauh berbeza berbanding kanak-kanak normal iaitu
mempunyai bentuk badan yang lebih kecil berbanding kanak-kanak biasa. Manakala
dari sudut intelek yang mana kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini mempunyai
perkembangan yang agak lembam dalam bidang-bidang tertentu di sekolah. Sebagai
contoh, kanak-kanak masalah pembelajaran mempunyai masalah dalam mengingati
sesuatu perkara yang mudah yang diajar oleh guru. Mereka memerlukan penerangan
yang jelas dan mengambil masa lama untuk mengingat atau memahami dalam bidang
pengamatan dan perkonsepan yang berbentuk kreatif. Dan kesediaan dan keupayaan
dalam pelajaran pelajar /kanak-kanak berkeperluan khas adalah berbeza
berbanding kanak-kanak normal lain. Contoh lain apabila perkembangan yang lewat
berlaku apabila sesetengah kanak-kanak apabila pada peringkat umur 8 tahun
mereka baru mempelajari apa yang diajar sewaktu mereka berumur 6 tahun.
Ciri-ciri dalam mengenali sosial atau kepribadian kanak-kanak berkeperluan khas
ini adalah dapat dilihat apabila kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai
tahap tumpuan yang kurang atau lemah berbanding kanak-kanak normal lain.
Kanak-kanak berkeperluan akan bertindak aktif dalam mendapatkan apa yang mereka
suka dan mereka sering melakukan perkara yang boleh menarik tumpuannya Minat
mereka adalah sama dengan kanka-kanak normal lain. Sikap dan tingkah laku yang
sering berubah-ubah ini akan menyebabkan pemantuan secara berterusan terhadap
kanak-kanak berkeperluan khas ini. Masalah pembelajaran terdiri daripada
beberapa kategori iaitu Sindrom Down, Celebray Palsy, Disleksia, Autisme,
Hiperaktif dan sebagainya.
3.2 MASALAH
PENDENGARAN
Ciri-ciri dan tingkah laku kanak-kanak bermasalah pendengaran ini
dapat dilihat daripada beberapa aspek perkembangan. Aspek perkembangan tersebut
dilihat dari sudut perkembangan bahasa, perkembangan intelek, perkembangan
sosial dan pencapaian akademik. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah
pendengaran ini yang mana kanak-kanak ini mempelajari sesuatu bahasa melalui
proses melihat tindakan yang dilakukan oleh individu sekitar. Perkembangan
bahasa yang lemah ini mempengaruhi cara bercakap, teknik, kefahaman dan
penulisan walaupun kanak-kanak ini mampu menguasai bahasa isyarat dengan baik.
Dari sudut perkembangan intelek pula, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini
mampu berfikit dan proses kognitif yang berlaku adalah sama seperti individu
normal lain. Perkembangan sosial yang dilihat berdasarkan kanak-kanak masalah
pendengaran ini yang mana mereka akan bergantung kepada individu sekeliling. Dalam
masa yang sama, mereka turut mempunyai masalah sewaktu berinteraksi atau
berkomunikasi dengan rakan-rakan atau individu lain.Hal ini demikian kerana,
tidak semua orang yang fasih atau mengetahui maksud penyampaian yang ingin
disampaikan oleh kanak-kanak cacat pendengaran ini. Keadaan ini menyebabkan
kanak-kanak bermasalah pendengaran ini kurang bergaul mesra serta tidak
mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan individu yang mereka tidak
kenali. Kurangnya pergaulan atau interaksi dengan orang luar menyebabkan
kana-kanak ini tidak didedahkan atau tidak tahu dengan keadaan sebenar
globalisasi yang berlaku menyebabkan mereka ketinggalan jauh dari dunia
teknologi sebenar.
3.3 MASALAH
PENGLIHATAN
Ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecacatan penglihatan dapat
dilihat daripada beberapa aspek iaitu dari sudut rupa, tingkah laku dan aduan
(Hewett udan Forness 1974). Kebiasannya kanak-kanak yang mengalami masalah
penglihatan dapat dikesan sejak dari peringkat alam persekolahan lagi.
Ciri-ciri rupa kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran adalah berbeza
daripada kanak-kanak normal yang lain. Antara ciri-cirinya ialah kanak-kanak
tersebut mempunyai mata yang sangat sensitif kepada cahaya, bahagian tepinya
berwarna merah, bintik-bintik putih di tengah mata, kelopak mata pula bengkak
dan mata yang sering berair atau juling (memutarkan mata apabila melihat).
Tingkah laku kanak-kanak masalah penglihatan dapat dilihat dari sudut yang mana
mereka sering menggosok dan mengerdip mata mereka secara berlebihan. Mereka
juga turut sering menutup dan melindungi sebelah mata daripada terkena cahaya.
Sewaktu diberikan tugasan, kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan ini
akan sedaya upaya mendekatkan objek pada mata. Mereka turut sering menangis dan
memegang kepala serta kerap terjatuh atau melanggar sesuatu ketika
berjalan. Dalam sudut aduan pula,
kanak-kanak masalah penglihatan ini akan sering bertindak agresif atau
menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu untuk mendapatkan
perhatian. Ini dapat dilihat sebagai contoh, kanak-kanak akan mengadu sakit
kepala, objek yang ditayangkan tidak jelas, pandangan mereka yang kabr serta
turut mengadu melihat dua imej pada sesuatu (double vision).
4.0 RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah
satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan diri (kehidupan)
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan masyarakat
yang seimmbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Nnegara. Bagi
memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas, kurikulum yang dibina
berlandaskan kepada 3 prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu
bertujuan memberi fokus kepada potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. potensi ini hendaklah dipertingkatkan melalui
penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu.
prinsip yang kedua ialah pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk
kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat
murid berkeperluan khas kepada pembelajaran. suasana pembelajaran yang kondusif
perlu diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang
boleh digunakan untuk keperluan diri dan masyarakat. ini dapat melahirkan murid
yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka. manakala prinsip yang ketiga adalah
pendidikan sepanjang hayat iaitu merupakan pemerolehan ilmu pengetahuan dan
kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana ilmu secara berterusan untuk
digunakan dalam kehidupan seharian.
prinsip diatas perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan
tiga aspek iaitu bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
dan penilaian yang berteraaskan kepada keperluan individu. untuk menentukan
keperluan setiap individu, penilaian awal perlu dijalankan.
kesimpulannya, pendidikan khas adalah merupakan satu bentuk
pendidikan khusus yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas seperti
masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. kanak-kanak
ini memang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan tetapi pelbagai bakat dan
kemahiran tersembunyi dalam diri mereka. potensi diri mereka ini harus
dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan menguruskan kehidupan mereka
tanpa bantuan orang lain. hanya pendidikan dan pengalaman sahaja yang akan
dapat membentuk murid-murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi.
5.0 RUJUKAN
1. Marina Masdar . Kanak-kanak berkeperluan khas.
2. Akta Pendidikan 1996/ (Akta 550) . (1997). Dimuat turun pada 13
November 2009, 11.34 pm. daripada http://414326-Akta-Pendidikan-1996 1 pdf
3. Learner J. 2003. Learning Disabilities theorist, diagnosis and
teaching strategies. Boston Houghton Mifflin Company
No comments:
Post a Comment