Isu-isu
Pendidikan Khas (guru)
Kemahiran
Guru
Kebanyakkan
guru - guru yang mengajar Pendidikan Khas adalah tidak terlatih untuk mengajar
murid-murid Pendidikan Khas. Melalui kajian yang dilakukan oleh Aliza Alias dan
Mohd Mokhtar Tahar dari fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
melalui petikan akhbar Utusan Malaysia (2007), menyatakan bahawa : “Hanya 13.3
peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai bidang
pengkhususan masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya 86.7 peratus guru yang
mengajar dalam program ini adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak
masalah pembelajaran,” menurut kajian itu.
Ini
bermaksud bilangan guru yang mengajar pendidikan Khas pada waktu itu bukanlah
guru yang datang dari opsyen Pendidikan Khas yang mana mereka ini tidak
terlatih. Segelintir manusia menjadikan Pendidikan Khas sebagai kerjaya
terakhir kerana mereka tidak mendapat pekerjaan lain setelah menamatkan
pengajian di universiti. Menurut kajian itu lagi, guru perlulah mempunyai ilmu
dan kemahiran tentang ciri kanak-kanak supaya perhatian terhadap keperluan
mereka dapat ditumpukan dengan berdasarkan keupayaan murid untuk belajar.
Kekurangan ilmu dan kurangnya latihan pedagogi untuk mengajar murid-murid khas
akan mencetuskan rasa tidak puas hati oleh ibu bapa yang terdiri daripada golongan
berpendidikan.
Bebanan
tugas
Isu yang
seterusnya ialah isu berkaitan bebanan tugas semasa di sekolah. Menjadi seorang
guru memerlukan kesabaran dan ini merupakan perkara yang seharusnya diketahui
oleh guru-guru sejak dari mula menjejakkan kaki ke bidang ini lebih-lebih lagi
mereka yang terlibat dengan program Pendidikan Khas, Namun setiap perkara ada
batasannya kerana guru juga manusia biasa dengan keperluan sama seperti orang
lain. Guru Khas selalunya diberikan dibebankan dengan waktu ganti (relief class)
kelas perdana. ini akan mengganggu perjalanan sesi pengajaran guru pendidikan
Khas yang terpaksa meninggalkan kelas kerana menggantikan kelas guru aliran
perdana yang tidak hadir ke sekolah. Selain itu, guru Pendidikan Khas juga
dibebankan dengan tugas-tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang
jawatankuasa yang mempunyai tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah.
Melalui jawatankuasa seperti ini, guru pendidikan Khas perlu guru sentiasa
meninggalkan kelas untuk bermesyuarat dan menjalankan menghadiri aktiviti luar
yang akan menyebabkan murid-murid khas terabai.
Tanggapan
negatif guru aliran perdana
Hal lain
yang turut menjadi persoalan ialah persepsi negatif guru-guru aliran perdana
terhadap guru-guru Pendidikan Khas. Kenyataan yang tidak selesa untuk didengar
ialah kerja mudah elaun besar!. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tidak tahu maka
tak cinta’. Guru yang kurang pengetahuan tentang murid berkeperluan khas
biasanya tidak memahami tugas guru Pendidikan Khas. Tahap pengetahuan guru
aliran perdana tentang pendidikan khas adalah masih rendah
Antara isu
yang menjadi bualan guru aliran perdana terhadap Guru Pendidikan Khas ialah
“senang sahaja, murid sedikit jadi senang nak kawal “ , “ bukan mengajar
sangat, asyik menyanyi lepas itu menonton televisyen” , “ tidak perlu terlibat
dalam pengurusan sekolah kerana terikat dengan etika mereka jadi tidak sibuk
seperti guru aliran perdana” dan banyak lagi. “Kerjaya Guru Pendidikan Khas
senang dan murid sedikit memudahkan kawalan kelas”. Isu tersebut sebenarnya
tidak patut dibicarakan oleh guru aliran perdana kerana mereka tidak merasai
bagaimana keadaan kelas tersebut jika terdapat 2 orang murid hiperaktif. Ia
seperti kelas tersebut mengandungi 20 orang murid. Kadang-kadang guru itu
sendiri yang putus asa dengan murid tersebut. Memang tidak dapat dinafikan
bilangan murid pendidikan khas yang hadir pada masa itu cuma 2 orang tetapi
tumpuan guru terhadap murid tersebut perlu lebih supaya keselamatan murid
tersebut akan terjamin.
Guru
aliran perdana jika melihat proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas
memang akan merasakan ‘Guru Pendidikan Khas tidak mengajar’. Mereka tidak tahu
murid aliran perdana dan murid Pendidikan Khas berbeza dari pelbagai aspek.
Contohnya kepelbagaian kategori murid Pendididkan memerlukan guru Pendidikan
Khas merancang pelbagai teknik , kaedah dan strategi pengajaran. Guru aliran
perdana mempersoalkan murid Pendidikan Khas banyak bermain. Memang tidak dapat
dinafikan guru Pendidikan Khas banyak mengunakan teknik bermain untuk mengajar
murid Pendidikan Khas kerana dengan bermain murid dapat melatih dan memastikan
psikomotor halus dan kasar berfungsi. Kalau tidak dibuat terapi bermain,
bagaimana murid Pendidikan Khas hendak berkembang. Lagipun dengan bermain murid
akan berasa seronok untuk belajar.
“Guru
Pendidikan Khas tidak perlu terlibat dalam pengurusan sekolah kerana terikat
dengan etika mereka”. Tanggapan Guru aliran perdana adalah tidak benar sama
sekali. Dalam etika Pendidikan Khas tidah menyatakan guru Pendidikan Khas tidak
boleh merlakukan aktiviti pengurusan dan merlakukan aktiviti di sekolah. Isu
ini bukan berpunca dari guru Pendidikan Khas tetapi ada sesetengah sekolah cuba
mengelakkan guru Pendidikan Khas dari terlibat dalam pengurusan sekolah kerana
mereka memberi peluang kepada guru Pendidikan khas menumpu sepenuh perhatian
terhadap pengurusan murid Pendidikan khas.
No comments:
Post a Comment