Thursday, June 30, 2016

PENGENALAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Apa itu Teknologi Pendidikan?

Program Teknologi Pendidikan mula diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara semenjak sebelum Merdeka, melalui alat bantu mengajar.  Melalui penggunaan  alat-alat bantu mengajar seperti filem jalur secara terancang, dapat menjelaskan konsep pembelajaran dan memperkayakan suasana pembelajaran dengan bantuan gambar, teks dan audio. Pada tahun 1949, sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc Alat Pandang Dengar (APD) Persekutuan telah dibentuk bagi menyelaraskan penerbitan topik-topik tempatan dan penggunaan alat bantu mengajar. Dengan perkembangan penerbitan bahan dan keperluan khidmat nasihat yang berterusan ke atas pengurusan dan penggunaan alat-alat tersebut, maka Jawatankuasa Alat Pandang Dengar Negeri dan Pusat Alat Pandang Dengar Negeri ditubuhkan pada tahun 1950-an. Pada tahun 1956, satu Jawatankuasa sepenuh masa dibentuk dan diketuai oleh seorang Setiausaha Alat Pandang Dengar.

Pada peringkat awal, perkhidmatan Unit Alat Pandang Dengar diletakkan di bawah Bahagian Latihan Guru, memandangkan guru-guru digalakkan menggunakan APD dalam proses pengajaran masing-masing. Dengan perombakan Kementerian Pelajaran pada tahun 1963, Unit APD dipindahkan ke Bahagian Sekolah-Sekolah dan seterusnya telah menubuhkan sebuah Pusat APD Kebangsaan dan 302 buah Pusat APD Daerah di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan kepada 1.500 buah Sekolah Rendah Kebangsaan. Usaha untuk memperluaskan penyampaian pendidikan ke kawasan-kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia diteruskan dengan melancarkan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah pada tanggal 2 Mei 1966. Usaha ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Penerangan dan Penyiaran dan Kementerian Pelajaran. Penumpuan diberikan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Seterusnya, pada tahun 1967, perkhidmatan ini diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah.

Pada tanggal 18 Mei 1970, Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah telah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran, tetapi Kementerian Penerangan dan Penyiaran terus menyediakan kakitangannya sehingga Kementerian Pelajaran mengganti kakitangannya sendiri pada satu tempoh yang sesuai kelak. Pada akhir 1960-an, konsep multi-media telah berkembang dan diyakini berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan pelancaran siaran rancangan television pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran telah menjalankan dua projek rintis pada tahun 1965 di sekolah rendah dan pada tahun 1966 di sekolah menengah untuk mengkaji kesesuaian mengadakan perkhidmatan TV Pendidikan. Dapatan ke atas  kajian amat menggalakkan dan mencadangkan untuk menubuhkan Perkhidmatan Televisen Pendidikan.

Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah melantik En. Alan Hancock dari The Centre for Educational Television Overseas (London) menjalankan kajian tentang kemungkinan menggabungkan perkhidmatan alat bantu mengajar, radio pendidikan dan television pendidikan. Hasil laporan yang dikemukakan dan disokong dengan perkembangan konsep multi-media yang berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran, dalam tahun 1971, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek penubuhan TV Pendidikan pula dimasukkan sebagai salah satu projek perkembangan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Pada 19 Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan.  Kelulusan untuk mewujudkan BTP dibuat oleh Kabinet dalam tahun 1971.  Fungsi utamanya pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah.  Dalam tahun 1988, nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah.  Kini,  BTP mempunyai 11 sektor dan 15 BTPN.



PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

Apa itu Pendidikan Khas ?
Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas (Hallahan &Kaufman 2000) Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal. 

SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS?
Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana ataupun biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkah laku social-emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.

VISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

JENIS-JENIS MASALAH MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
- Kerencatan akal
- Masalah Penglihatan
- Masalah Pendengaran
- Masalah tingkah laku/emosi
-Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
- Palsi Serebral
- Masalah pembelajaran spesifik
- Masalah komunikasi dan bahasa
- Masalah Autisme
- Masalah pintar cerdas

AKTIVITI KOKURIKULUM
Diubahsuai dengan jenis murid berkeperluan khas

PENDIDIKAN KHAS
Di Malaysia, pendidikan khas dikelaskan kepada mereka yang mempunyai kecacatan seperti cacat penglihatan (buta), cacat penglihatan (pekak), dan lain-lain. Falsafah Pendidikan Khas menegaskan mengenai kepentingan setiap orang kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu-individu. Oleh itu, pendekatan pembelajaran bagi setiap pelajar pendidikan khas adalah berbeza-beza dan mengikut kesesuaian mereka.

PENDIDIKAN KHAS ALIRAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Terdapat dua jenis kategori sekolah di bawah Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional, iaitu Sekolah Khas dan Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi. Program integrasi (pelajar-pelajar menyesuaikan diri ke dalam sistem persekolahan yang tidak menyediakan ruang dan kemudahan untuk pengubahsuaian) dijalankan dengan kerjasama Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah harian yang mana sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi. Terdapat enam buah sekolah di bawah kategori sekolah ini, iaitu: Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Bharu; Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah; Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor; Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak; Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan; dan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (SMPKP Pulau Pinang), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai (Johor), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (SMPKV Shah Alam) pula merupakan antara contoh Sekolah Khas.



Pelajar Masalah Pendengaran (Pekak)
Kajian yang dijalankan adalah melibatkan pelajar cacat pendengaran dari aliran teknik dan vokasional sekolah pendidikan khas. Berdasarkan kepada pernyataan Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) bahawa kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai pendengaran separa. Di dalam Sistem Pendidikan Khas, pelajar-pelajar dengan keperluan khas dalam kategori masalah pendengaran telah menggunakan Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dimana murid-murid ini dilatih daripada segi pertuturan dan belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid-murid biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh bahasa isyarat.

Pelajar Masalah Penglihatan (Buta)
Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka. Antara kaedah pengajaran yang digunakan ialah dengan menggunakan mesin braille serta kod tulisan braille. Dapat dirumuskan di sini bahawa strategi pengajaran merupakan antara faktor dalam menentukan kecemerlangan pelajar pendidikan khas, kerana peranan guru pendidikan khas amat penting dalam menentukan keberkesanan penggunaan komputer. Dengan pendedahan yang berterusan ke arah membudayakan penggunaan komputer, ia banyak memberi kelebihan kepada pelajar pendidikan khas dalam bersaing dengan pelajar biasa. Ini adalah bertujuan mengelakkan pelajar pendidikan khas ketinggalan ICT, memandangkan perkembangannya yang terlampau pesat. Oleh sebab itu, peranan pihak sekolah amat penting dalam menyediakan kemudahan komputer di sekolah. Antara cadangan yang boleh diberikan ialah guru sepatutnya sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terkini serta menyertai kursus tentang penggunaan komputer agar dapat mempelbagaikan teknik pengajaran.



PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Khas
 Perkembangan dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology) atau dipanggil “Teknologi Komunikasi dan Maklumat”,khususnya dalam pendidikan, bukan lagi merupakan sesuatu yang asingdi Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar, terutamadalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar,cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dansebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkahdalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran danpembelajaran (P&P) di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlakumerupakan elemen penting dalam meningkatkan pencapaian akademikpelajar.

Pendidikan khas juga tidak terkecuali dari tempias perkembanganICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses P&P yangberlaku di sekolah pendidikan khas. Analisis pendidikan khas merujukpada kegiatan yang menjelaskan unsur-unsur dalam pendidikan khas,termasuklah peristilahan, doktrin, atau ajaran.Beberapa perkara perlu dipertimbangkan oleh guru dalam mendidikpelajar khas. Ini kerana pendekatan penerimaan pembelajaran merekaamat berbeza dengan pelajar biasa. Menurut Effandi Zakaria (2004), pelajarkhas ini menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual ruang. Merekamenghadapi masalah berkaitan pengiraan, bahasa, dan sebagainya.Oleh itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaianberbanding pelajar-pelajar biasa yang sebaya dengannya. Justeru itu,pengenalan ICT kepada pelajar khas merupakan satu idea yang perludipertimbangkan terlebih dahulu, kerana ICT memerlukan pelajar yangmenguasai dan berkemahiran dalam menggunakannya.

Oleh itu, tahappelajar khas yang sederhana dalam pencapaian akademik dibimbangi akan menyebabkan mereka takut dan tidak berminat menguasai ICT. Ini akan menjadi satu kerugian jika ICT tidak diaplikasi dalam pendidikan kerana banyak kelebihan boleh digunakan melaluinya. Berdasarkan kepada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd Arif Hj Ismail dan Norsiati Razali @ Mohd Ghazali (2003) ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan, Negeri Pahang, Malaysia didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Oleh itu, tahap penggunaan komputer di Sekolah Pendidikan Khas menjadi persoalan yang boleh dikaji, ekoran daripada kajian yang telah dijalankan di sekolah bestari kerana perlaksanaan di kedua-dua sekolah adalah berbeza.


KEPENTINGAN ICT DALAM SUBJEK PENDIDIKAN KHAS

Saranan tentang kepentingan penggunaan ICT dalam subjek Pendidikan Khas

Antara saranan tentang kepentingan penggunaan ICT dalam subjek Pendidikan Khas

Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang berkeperluan khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Pelaksanaan ini melibatkan mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.

Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk.

Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah seperti mengubah peringkat membuat keputusan. Hal ini seperti  kebiasaannya, penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik. Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat perancangan kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan. Selain itu, mengubah sistem atau pendekatan pengajaran. Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untuk pembelajaran.

 Malah, mengubah pengalaman pembelajaran seperti tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara. Secara amnya, teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun 1930an, penghasilan bahan-bahan visual seperti filem, gambar, slaid dan realia giat diadakan bagi membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah. Pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di Malaysia telah lama berlaku. Lebih dari itu, penggunaan komputer ini tidak hanya terhad di peringkat pendidikan tinggi sahaja, malah turut mencakupi pendidikan pada peringkat prasekolah. Pengunaan Cakera Padat Interaktif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan talian internet untuk tujuan capaian data dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain telah menjadikan sistem pendidikan negara semakin berkembang maju. Perubahan positif ini telah mendorong ramai penyelidik untuk melihat keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat ini dalam sistem pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang akan dibincangkan kemudian.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini tidak hanya terhad kepada pendidikan Bahasa semata-mata. Program yang mempunyai potensi untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran murid-murid yang mempunyai tahap dan pencapaian akademik yang rendah perlu diperluaskan penggunaannya khususnya terhadap murid-murid yang menerima pendidikan khas. Rentetan daripada statistik yang ditunjukkan ini, pengkaji telah membuat keputusan untuk melihat keberkesanan prorgam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar yang menghadapi masalah menguasai aktiviti membaca. Hasil kajian yang akan dibentuk kelak adalah suatu yang perlu dikaji dengan lebih mendalam sama ada pelaksanaan program ini dapat meningkatkan pencapaian dan kemahiran membaca pelajar yang menghadapai masalah pembelajaran atau sebaliknya.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005) mendapati bahawa penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan alat beteknologi seperti komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur. Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang.

Kajian yang dilakukan olehnya menunjukkan bahawa guru yang bijak mengaplikasikan komputer mampu membuat pelbagai pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada sasarannya. Manakala Cox (1999) pula menyatakan bahawa guru-guru yang sering menggunakan komputer dalam melaksanakan tanggungjawabnya mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT dan lain-lain alat seperti projektor, LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka percaya bahawa penggunaan alat berteknologi seperti itu dapat meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih seronok.

Seperti mana yang telah dinyatakan, teknologi pengajaran adalah satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT sebagai salah satu medium utama dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah. Penggunaan komputer, laptop, LCD projektor, cakera padat dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari.




ISU BIDANG TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Isu bidang Teknologi Pendidikan dalam p&p dan Pendidikan Khas

        Mengintegrasikan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya (Plomp, Brummelhuiz dan Pelgrum (1997)). Persediaan diperlukan termasuk dari aspek menyediakan bahan mengajar serta untuk setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan mengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar yang akan mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru jadual waktu, setiausaha peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan seperti sukan, aktiviti persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-kursus jangka panjang dan pendek. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk melakukan persediaan yang mantap terutama jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri, sebagai contoh jika guru perlu mendapatkan bahan dari internet dan untuk memilih bahan yang sesuai kadang-kadang mengambil masa berjam-jam. Penghasilan bahan pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama kerana penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self pace and self excel). Bahan-bahan pengajaran atau dalam bestari disebut sebagai pakej pembelajaran juga menitik beratkan kepelbagaian kecerdasan pelajar, keadaan ini secara tak langsung memerlukan persediaan yang teliti dan masa yang lama dalam membina pakej-pakej pembelajaran tersebut.

Kemahiran komputer dan Pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P dan Pendidikan Khas


    Proses pengajaran menggunakan ICT menuntut guru terutamanya guru pendidikan khas supaya berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Tidak semua bahan pengajaran telah tersedia untuk digunakan terus. Dengan adanya kemahiran komputer , guru dapat mencurahkan ilmu dan kemahiran dalam subjek masing-masing dan kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan, dengan demikian peralatan-peralatan ICT yang dibekalkan untuk menarik minat pelajar terutamanya pelajar pendidikan khas untuk menimba ilmu. Guru pendidikan khas perlulah kreatif dengan mempelbagaikan pengajaran supaya pelajar tidak bosan dan ingin terus menimba ilmu baru. Namun, terdapat dapatan kajian daripada Robiah & Juhana (2002) menunjukkan penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Namun, terdapat dapatan menunjukkan kebanyakan guru kerap menggunakan hanya tiga jenis program iaitu pemprosesan perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pengurusan fail. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran.

ISU-ISU PENDIDIKAN KHAS

Isu-isu Pendidikan Khas (guru)

Kemahiran Guru
Kebanyakkan guru - guru yang mengajar Pendidikan Khas adalah tidak terlatih untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas. Melalui kajian yang dilakukan oleh Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar dari fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui petikan akhbar Utusan Malaysia (2007), menyatakan bahawa : “Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai bidang pengkhususan masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya 86.7 peratus guru yang mengajar dalam program ini adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran,” menurut kajian itu.
Ini bermaksud bilangan guru yang mengajar pendidikan Khas pada waktu itu bukanlah guru yang datang dari opsyen Pendidikan Khas yang mana mereka ini tidak terlatih. Segelintir manusia menjadikan Pendidikan Khas sebagai kerjaya terakhir kerana mereka tidak mendapat pekerjaan lain setelah menamatkan pengajian di universiti. Menurut kajian itu lagi, guru perlulah mempunyai ilmu dan kemahiran tentang ciri kanak-kanak supaya perhatian terhadap keperluan mereka dapat ditumpukan dengan berdasarkan keupayaan murid untuk belajar. Kekurangan ilmu dan kurangnya latihan pedagogi untuk mengajar murid-murid khas akan mencetuskan rasa tidak puas hati oleh ibu bapa yang terdiri daripada golongan berpendidikan.

Bebanan tugas
Isu yang seterusnya ialah isu berkaitan bebanan tugas semasa di sekolah. Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran dan ini merupakan perkara yang seharusnya diketahui oleh guru-guru sejak dari mula menjejakkan kaki ke bidang ini lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan program Pendidikan Khas, Namun setiap perkara ada batasannya kerana guru juga manusia biasa dengan keperluan sama seperti orang lain. Guru Khas selalunya diberikan dibebankan dengan waktu ganti (relief class) kelas perdana. ini akan mengganggu perjalanan sesi pengajaran guru pendidikan Khas yang terpaksa meninggalkan kelas kerana menggantikan kelas guru aliran perdana yang tidak hadir ke sekolah. Selain itu, guru Pendidikan Khas juga dibebankan dengan tugas-tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang jawatankuasa yang mempunyai tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah. Melalui jawatankuasa seperti ini, guru pendidikan Khas perlu guru sentiasa meninggalkan kelas untuk bermesyuarat dan menjalankan menghadiri aktiviti luar yang akan menyebabkan murid-murid khas terabai.

Tanggapan negatif guru aliran perdana
Hal lain yang turut menjadi persoalan ialah persepsi negatif guru-guru aliran perdana terhadap guru-guru Pendidikan Khas. Kenyataan yang tidak selesa untuk didengar ialah kerja mudah elaun besar!. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tidak tahu maka tak cinta’. Guru yang kurang pengetahuan tentang murid berkeperluan khas biasanya tidak memahami tugas guru Pendidikan Khas. Tahap pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidikan khas adalah masih rendah

Antara isu yang menjadi bualan guru aliran perdana terhadap Guru Pendidikan Khas ialah “senang sahaja, murid sedikit jadi senang nak kawal “ , “ bukan mengajar sangat, asyik menyanyi lepas itu menonton televisyen” , “ tidak perlu terlibat dalam pengurusan sekolah kerana terikat dengan etika mereka jadi tidak sibuk seperti guru aliran perdana” dan banyak lagi. “Kerjaya Guru Pendidikan Khas senang dan murid sedikit memudahkan kawalan kelas”. Isu tersebut sebenarnya tidak patut dibicarakan oleh guru aliran perdana kerana mereka tidak merasai bagaimana keadaan kelas tersebut jika terdapat 2 orang murid hiperaktif. Ia seperti kelas tersebut mengandungi 20 orang murid. Kadang-kadang guru itu sendiri yang putus asa dengan murid tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bilangan murid pendidikan khas yang hadir pada masa itu cuma 2 orang tetapi tumpuan guru terhadap murid tersebut perlu lebih supaya keselamatan murid tersebut akan terjamin.

Guru aliran perdana jika melihat proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas memang akan merasakan ‘Guru Pendidikan Khas tidak mengajar’. Mereka tidak tahu murid aliran perdana dan murid Pendidikan Khas berbeza dari pelbagai aspek. Contohnya kepelbagaian kategori murid Pendididkan memerlukan guru Pendidikan Khas merancang pelbagai teknik , kaedah dan strategi pengajaran. Guru aliran perdana mempersoalkan murid Pendidikan Khas banyak bermain. Memang tidak dapat dinafikan guru Pendidikan Khas banyak mengunakan teknik bermain untuk mengajar murid Pendidikan Khas kerana dengan bermain murid dapat melatih dan memastikan psikomotor halus dan kasar berfungsi. Kalau tidak dibuat terapi bermain, bagaimana murid Pendidikan Khas hendak berkembang. Lagipun dengan bermain murid akan berasa seronok untuk belajar.
“Guru Pendidikan Khas tidak perlu terlibat dalam pengurusan sekolah kerana terikat dengan etika mereka”. Tanggapan Guru aliran perdana adalah tidak benar sama sekali. Dalam etika Pendidikan Khas tidah menyatakan guru Pendidikan Khas tidak boleh merlakukan aktiviti pengurusan dan merlakukan aktiviti di sekolah. Isu ini bukan berpunca dari guru Pendidikan Khas tetapi ada sesetengah sekolah cuba mengelakkan guru Pendidikan Khas dari terlibat dalam pengurusan sekolah kerana mereka memberi peluang kepada guru Pendidikan khas menumpu sepenuh perhatian terhadap pengurusan murid Pendidikan khas.