Saranan tentang kepentingan penggunaan ICT dalam subjek
Pendidikan Khas
Antara saranan tentang kepentingan penggunaan ICT dalam subjek Pendidikan Khas
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terhadap Murid yang berkeperluan khas merupakan satu perkara yang tidak hanya
mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan
pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Pelaksanaan ini melibatkan
mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan
dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras
dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk
meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai
oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.
Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang
mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti
pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd
Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan
dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi,
industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi
multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada
guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap
matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk.
Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah seperti mengubah peringkat
membuat keputusan. Hal ini seperti kebiasaannya, penggunaan media
dirancang semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan
menentukan kurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati
tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik. Dengan penerimaan teknologi pengajaran
pada peringkat perancangan kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama
dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam
kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan perlaksanaan
pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan. Selain itu, mengubah sistem
atau pendekatan pengajaran. Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau
pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau
pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh,
sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh
mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum
pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan
komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian
masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan teknologi
pengajaran terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu
dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses
pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan
dan maklumat. Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan
sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru
untuk pembelajaran.
Malah, mengubah pengalaman pembelajaran seperti
tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak
sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan
melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran
secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran
yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu
perkara. Secara amnya, teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha
ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan.
Misalnya, pada tahun 1930an, penghasilan bahan-bahan visual seperti filem,
gambar, slaid dan realia giat diadakan bagi membantu guru dalam pengajaran di
bilik darjah. Pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di
Malaysia telah lama berlaku. Lebih dari itu, penggunaan komputer ini tidak hanya
terhad di peringkat pendidikan tinggi sahaja, malah turut mencakupi pendidikan
pada peringkat prasekolah. Pengunaan Cakera Padat Interaktif untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran, penggunaan talian internet untuk tujuan capaian
data dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain telah menjadikan sistem
pendidikan negara semakin berkembang maju. Perubahan positif ini telah
mendorong ramai penyelidik untuk melihat keberkesanan penggunaan komputer dan
teknologi maklumat ini dalam sistem pengajaran dan pembelajaran seperti mana
yang akan dibincangkan kemudian.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini tidak hanya
terhad kepada pendidikan Bahasa semata-mata. Program yang mempunyai potensi
untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran murid-murid yang mempunyai tahap dan
pencapaian akademik yang rendah perlu diperluaskan penggunaannya khususnya
terhadap murid-murid yang menerima pendidikan khas. Rentetan daripada statistik
yang ditunjukkan ini, pengkaji telah membuat keputusan untuk melihat
keberkesanan prorgam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer dalam
usaha untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar yang menghadapi masalah
menguasai aktiviti membaca. Hasil kajian yang akan dibentuk kelak adalah suatu
yang perlu dikaji dengan lebih mendalam sama ada pelaksanaan program ini dapat
meningkatkan pencapaian dan kemahiran membaca pelajar yang menghadapai masalah
pembelajaran atau sebaliknya.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005) mendapati
bahawa penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan alat
beteknologi seperti komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah
alternatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran.
Selain itu, ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan
komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan
maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dan sistem
pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur. Kelebihan ini membawa kepada
pengatasian had masa dan ruang.
Kajian yang dilakukan olehnya menunjukkan bahawa guru yang
bijak mengaplikasikan komputer mampu membuat pelbagai pembaharuan dalam
menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada sasarannya. Manakala Cox
(1999) pula menyatakan bahawa guru-guru yang sering menggunakan komputer dalam
melaksanakan tanggungjawabnya mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengunakan
ICT dan lain-lain alat seperti projektor, LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah
kerana mereka percaya bahawa penggunaan alat berteknologi seperti itu dapat
meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah
dan lebih seronok.
Seperti mana yang telah dinyatakan, teknologi pengajaran
adalah satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan
peralatan ICT sebagai salah satu medium utama dalam pelaksanaan aktiviti di
dalam bilik darjah. Penggunaan komputer, laptop, LCD projektor, cakera padat
dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat
menarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu
aktiviti pembelajaran. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus
daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar.
Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang
berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori
konstruktivisme.
Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi
meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui
penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang
sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan
bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan
lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat
menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka,
mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal
pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid
dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman
yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam
eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja
tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya.
Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid
mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima
tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang
dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang
daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam
kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi
yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk
elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam
P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang
bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak.
Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai
sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan
gemari.